TIPS PENJAGAAN TURBOCHARGER & 4 JENIS KEROSAKKAN TURBOCHARGER

Assalamualaikum dan Salam 1 Dunia.

Pada hari ni saya nak kongsikan TIPS penjagaan Turbo TANPA BAYARAN. Anda Cuma Menyokong jer Penulisan saya ini dan saya akan terus menulis dengan sokongan ANDA!!

Turbochargers sangat sensitif, ia memerlukan minyak engin bersih, penapis udara bersih,dan sistem ekzos yang sesuai.
(JANGAN MATIKAN ENGIN SECARA MENGEJUT DAN BIARKAN ENGIN HIDUP SELAMA 1 MINIT DAN MATIKAN )
STEP DI ATAS membantu mengurangkan suhu telampau pada TURBOCHARGERS.

Minyak engin yang kotor akan merosakkan TURBO dalam masa yang singkat. ia akan merosakkan turbocharger
lebih cepat daripada mana-mana bahagian lain pada enjin. Apabila TURBOCHARGERS FULL BOOST, turbo boleh
berputar Sehingga 250,000 rpm.

Minyak enjin menjadi salah satu Faktor Terbesar dalam ASPEK PENJAGAAN TURBOCHARGER.
Minyak engin yang membuatkan TURBOCHARGERS sejuk dan dilincirkan.
Sebab itulah minyak enjin perlu bersih.(SERVIS MESTI ON TIME!!!)

Disini saya nak berkongsikan kepada Anda beberapa gambar TURBOCHARGERS yang rosak dan apa yang menyebabkan Kerosakkan:

Kerosakkan Turbine Wheel disebabkan Oleh objek yang keluar dari engin
sebagai contoh Kepingan Valve Atau Plug insulator.

 Turbine Shaft boleh putus disebabkan Overboost dan minyak
Engin Yang Terlalu kotor.

Minyak Engin yang kotor memyebabkan saluran pelincir tersumbat dan
ia faktor terbesar kerosakkan Turbine Shaft ( Shaft Putus)

Keretakkan yang berlaku pada Turbine Housing disebabkan Oleh
Suhu terlampau panas dan penyejukkan engin yang tidak sempurna.

Setelah melihat semua perkongsian ini.
Anda Rasa Bagaimana?
Penjagaan TURBOCHARGER ni Susah Ke Senang?

Untuk Khidmat Nasihat Boleh Call Atau Whatsapp 019-2159946 MD.YUSOF

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *